FEBRUARI 2026

PERUTUSAN TAHUN BARU CINA 2026 OLEH PREMIER SARAWAK


PERUTUSAN TAHUN BARU CINA 2026 OLEH PREMIER SARAWAK, YANG AMAT BERHORMAT DATUK PATINGGI TAN SRI (DR) ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG

Dajia Hao, Salam Sejahtera, Salam Sarawak Maju Makmur dan Salam Segulai Sejalai.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian,

INTRODUCTION

Pertama sekali, izinkan saya dan keluarga merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum cina di Sarawak yang menyambut kemunculan Tahun Kuda pada tahun ini.

Saya amat berharap agar pada kesempatan yang cukup bermakna ini, anda dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan, sambil mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin, dalam suasana penuh kasih sayang, keharmonian dan keberkatan.

YEAR OF THE HORSE & SIGNIFANCE

Tahun Kuda, mengikut kepercayaan kaum Cina,

melambangkan semangat kekuatan, ketabahan dan ketahanan, iaitu nilai-nilai yang kita semua perlu junjung dalam menghadapi masa depan yang semakin mencabar pada era ini.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah menyaksikan pelbagai cabaran kepada kelangsungan ekonomi global ekoran ketidaktentuan keadaan geopolitik di seluruh dunia, kesan kuasa disruptif teknologi dan AI, dan transisi kepada ekonomi rendah karbon dalam usaha sejagat mendepani perubahan

iklim dunia.

Namun begitu, Sarawak terus menunjukkan ketahanan ekonomi yang kukuh, hasil daripada dasar yang jelas dan strategik oleh Kerajaan GPS dan kerjasama erat di kalangan semua lapisan Masyarakat di Bumi Kenyalang yang bertuah ini.

KEDUDUKAN, KEJAYAAN EKONOMI SARAWAK

Seperti yang telah dibentangkan pada Bajet 2026 di Dewan Undangan Negeri, Keluaran dalam Negeri Kasar Sarawak atau (GDP) dianggarkan akan mencapai RM154 billion bagi tahun 2025 dengan pertumbuhan pada kadar 5 ke 6 peratus.

Angka-angka ini menunjukkan peningkatan yang

amat memberangsangkan jika dibandingkan dengan angka-angka bagi 2024. Berdasarkan data dari Jabatan Perangkaan Malaysia, ekonomi Sarawak berkembang pada kadar 3.9 peratus pada 2024, dengan GDP sebanyak RM148.2 bilion.

Sektor utama, terutamanya minyak dan gas, perkilangan berasaskan sumber, dan pertanian komoditi seperti minyak sawit dan lada, terus menjadi penggerak utama ekonomi Sarawak.

Namun yang lebih membanggakan, kita telah melihat pertumbuhan yang memberangsangkan dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi dan industri hijau.

TAHUN 2026, KEJAYAAN INISIATIF STRATEGIK

Saya yakin Tahun Kuda 2026 akan membawa kejayaan kepada inisiatif-inisiatif strategik termasuk pengembangan destinasi AirBorneo kepada destinasi- destinasi serantau, dan pengoperasian Pelabuhan Bintulu, yang telah dikembalikan kepada Sarawak oleh Kerajaan Persekutuan, sebagai pelabuhan utama

Sarawak.

Di samping itu, pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma atau FTES yang bermula pada tahun ini adalah titik permulaan kepada pembangunan sumber manusia yang akan memberi peluang kepada semua Anak Sarawak untuk melengkapkan diri mereka untuk menjadi aset yang amat berguna kepada Sarawak.

Selain itu, pada suku terakhir Tahun 2026, jika tidak ada aral melintang, Bandaraya Kuching akan mendapat khidmat ART yang dikuasakan oleh hidrogen pertama di rantau ini. Inisiatif ini

mencerminkan ikhtiar Sarawak untuk menjadi pelopor dan pemimpin ke arah ekonomi dan teknologi rendah karbon di rantau Asean.

Permulaan 2026 sudah pun menyaksikan kejayaan Sarawak untuk menyambungkan grid letrik Sarawak dengan grid Sabah bagi menyalurkan 50 MW tenaga letrik ke Sabah.

Ini merupakan penyambungan grid lintas batas yang kedua selepas penyaluran tenaga letrik hijau sebanyak 190 MW ke 200 MW ke Kalimantan Barat sejak 2016. Dengan penyambungan ke grid Brunei, maka akan wujud grid Borneo yang memanfaatkan tenaga hijau dari Sarawak.

POTENSI KERJASAMA SERANTAU

2026 juga membawa potensi kerjasama yang lebih erat antara Indonesia dan Malaysia, khususnya Sarawak, dari segi penjanaan dan penyaluran tenaga hijau lintas batas, dan juga pembangunan teknologi tinggi.

Dua minggu lalu, saya telah menghadiri Sidang

Kemuncak Ekonomi Indonesia 2026, di mana Menteri Penyelarasan Hal Ehwal Ekonomi Indonesia telah menyatakan keinginan untuk berkerjasama dengan Sarawak dalam bidang semikonduktor kerana Sarawak sudah menampakkan kejayaan dalam bidang ini.

Sarawak, melalui Syarikat X-FAB telah berjaya mengeluarkan cip analog di Zon Industri Bebas

Samajaya di Kuching sejak 1998 dan pusat pengeluaran tersebut sedang menjalani pembesaran dengan kos RM3 billion untuk meningkatkan pengeluaran.

TEKNOLOGI TINGGI

Saudara dan Saudari yang saya hormati,

Sarawak harus menjadi pencipta teknologi dan bukan lagi hanya sebagai pengguna teknologi jika kita ingin keluar dari kepompong sebagai wilayah yang berasaskan teknologi rendah atau low-based technology.

Kejayaan Sarawak setakat ini melalui syarikat Kerajaan Sarawak, SMD Semiconductor untuk mencipta cip sebatian berasaskan Gallium Nitride dan dikuasakan oleh AI atau GaN chip merupakan kesungguhan usaha untuk menjadi pereka cip berbanding hanya sebagai pemasang cip.

Jalan ke arah kejayaan untuk menjadi pencipta teknologi bukanlah mudah kerana ianya memerlukan banyak tenaga kerja pakar dan penyelidikan dan pembangunan atau R & D yang menelan kos yang tinggi. Di samping itu, Sarawak perlu banyak berkerjasama dengan pakar di dalam dan luar negara untuk mencapai impian ini.

Kejayaan Sarawak untuk mencipta GaN cip

pertamanya adalah hasil kerjasama dengan CSA

Catapult UK yang menyediakan kemudahan penyelidikan di Cardiff, United Kingdom. Penyelidikan di Cardiff telah membawa hasil dengan penciptaan GaN cip yang digunakan dalam peranti Keteq AI untuk memastikan penggunaan kuasa letrik yang efisien.

Baru-baru ini Sarawak SMD, Yayasan Sarawak dan University of Bristol telah memetrai Memorandum Persefahaman (MOU) untuk membolehkan Sarawak terus memperkasakan bidang penciptaan cip melalui kerangka kolaborasi dalam bidang penyelidikan, pembangunan teknologi dan sumber manusia.

Di samping itu, pada kebelakangan ini, saya telah bercakap mengenai hasrat Sarawak untuk memiliki satelit sendiri di angkasa lepas untuk tujuan pemantauan cuaca melalui pembangunan satelit mikro. Satelit jenis ini atau CubeSats jauh lebih murah untuk dibangunakan dan diletakkan pada orbit bumi yang rendah jika dibandingkan dengan kos satelit konvensional.

Ini juga adalah langkah untuk menggiatkan inovasi dan membuka peluang kepada generasi muda kita untuk menguasai teknologi aeroangkasa, satu bidang yang semakin penting bagi ekonomi masa depan.

CLOSING

Dear friends,

We have been able to make tremendous achievement on many fronts for the past eight years or so.

Our state revenue has increased by more than two-fold compared to 10 years ago with the highest at RM14.187 billion recorded in 2024.

With increased revenue we can fund many development programmes like the provisions of massive infrastructure across the State, and free

education to expedite Sarawak’s development.

However, the availability of funds alone does not guarantee our success in all these programmes without the unity, the integrity and the resilience of all Sarawakians at all levels.

Therefore, let us all during this festive occasion also renew our commitment to build Sarawak that is socially stable, and advanced in economy and technology.

On a personal note, I must apologize to our Chinese friends that this year I won’t be making any Chinese New Year visits in view of the recent demise of my late wife, Datuk Amar Hajjah Juma’ani.

Finally, I would like to wish all our Chinese friends a happy Lunar New Year and may the Year of the Horse bring success, happiness and prosperity to all of us.

Gong Xi Fa Cai! Xin Nian Kwai Le.